Terdapat pelbagai cara untuk selesaikan masalah eyebag dan kawasan linkaran mata yang hitam. Antaranya :
a.) Letakkan uncang teh sejuk atas mata. Setiap uncang teh mengandungi kafein yang kaya dengan antioksidan. Malah, ia juga boleh meningkatkan peredaran darah di kawasan mata. Cara ini bukan sahaja mudah dan murah, ia juga sangat berkesan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
b.) Ais berfungsi untuk mengawal peredaran darah disekitar kulit mata anda yang menyebabkan kesembapan ini. Jadi, apabila ais ini ditekap di kulit anda, ia boleh menyurutkan serta memberhentikan pembesaran eyebag dalam waktu yang singkat. Hasilnya akan bertahan selama beberapa jam dan bukan sahaja eyebag anda hilang, malahan anda juga akan terasa segar.
c.) Paling mudah dalam list ini. Ini kerana, penulis pasti semua orang simpan timun dalam peti sejuk, kan? Jadi anda cuma perlu menghiris 2-4 keping daripada timun itu menggunakan pisau yang bersih kerana kita tak nak lah menggunakan pisau yang sudah digunakan untuk memotong cili. Lagi parah jadinya nanti.