PROFILE DNA DIRI ANDA

Apakah itu pemeriksaan DNA dan apa yang boleh kita tahu dengan melakukan pemeriksaan DNA tersebut?
Dengan HANYA SEHELAI RAMBUT, anda dapat mengetahui informasi lengkap berkenaan tubuh badan anda.Tahukah anda, sehelai rambut boleh mengumpul dan menyimpan informasi “homeo-dynamics” berkaitan dengan pelbagai proses dalam badan anda. Rambut merupakan sumber informasi yang amat stabil kerana ia berketahanan tinggi dan tidak mudah untuk dirosakkan. Rambut dengan sepanjang 3 cm sahaja sudah boleh menyimpan informasi dalaman tubuh anda dari 3 hingga 4 bulan sebelumnya.

Apakah itu "homeo-dynamics?"

Homeo-dynamics adalah kepelbagaian proses yang berlaku di dalam tubuh badan anda. Antara informasi yang terkumpul di dalamnya adalah tahap mineral, asid amino, vitamin, toksin, antioksidan dan sebagainya. Dengan informasi ini, anda dapat mengetahui keperluan tubuh anda serta respons tubuh badan terhadap nutrisi atau makanan yang tertentu. 

Selain itu, dengan keputusan pemeriksaan DNA itu nanti, ada boleh jadikan ia sebagai bimbingan untuk pemilihan suplemen, perubahan diet, keperluan persekitaran serta keputusan yang anda perlu ambil untuk kesihatan yang lebih baik. Segala keperluan tambahan ataupun saranan untuk mengurangkan atau mengelakkan pengambilannya dari diet harian anda akan disertakan di dalam keputusan ujian DNA itu nanti.

Terdapat beberapa punca perut anda boleh kelihatan buncit. Antaranya adalah disebabkan oleh kekurangan protein dalam badan, merokok mahupun tabiat pemakanan anda. Jadi jika benar anda mempunyai masalah yang berpunca daripada kekurangan protein atau zat lain dalam badan, masalah tersebut akan dapat dikenalpasti melalui ujian DNA ini.

Bagi masalah rambut gugur pula, antara faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini adalah faktor keturunan, perubahan hormon, masalah perubatan ataupun pengambilan ubat yang tertentu. Jadi, ujian DNA ini berfungsi untuk mengenalpasti jika anda ada mengambil zat yang sebenarnya kurang sesuai dengan anda

Jadi, jika anda ingin menjadi muda kembali tetapi mempunyai masalah perut boroi, rambut gugur mahupun beruban, ataupun anda mempunyai masalah lain berkenaan dalaman diri anda, ujian DNA adalah sesuatu yang tepat untuk anda.

MANFAAT DNA HAIR TEST

Dengan melakukan ujian ini, anda juga dapat mengetahui:

  • Kekurangan dan ketidakseimbangan mineral
  • Kadar metabolik (pantas atau lambat)
  • Keletihan adrenal
  • Ketidakseimbangan sistem saraf
  • Sintesis protein
  • Keradangan
  • Tahap tenaga
  • Toleransi karbohidrat & gula dalam darah
  • Ketidakseimbangan seperti rintangan diabetes dan insulin

VIDEO ANALISIS DNA HAIR TEST

Buat Temu Janji Untuk DNA HAIR TEST

[contact-form-7 id="634" title="Bioptron Appointment"]
Scroll to Top