Masalah pigmentasi sangat kerap berlaku di Malaysia, disebabkan oleh pancaran matahari yang terik, keturunan, aktiviti harian, pilihan gaya hidup, pekerjaan, masalah kesihatan atau kesan sampingan ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, ramai mengambil pendekatan yang salah.
Masalah tompok gelap bukan sahaja boleh menyebabkan kulit kita kelihatan tidak bermaya, tetapi juga boleh membuatkan kita merasa rendah diri dan menyebabkan hilang keyakinan terhadap diri sendiri.