OBSTETRIK & GINEKOLOGI

Pakar Perbidanan & Sakit Puan yang dikenali sebagai Obstetrik & Ginekologi turut disediakan di Poliklinik Penawar.

Bidang Perbidanan (Obstetrik) memberikan tumpuan khusus kepada kaum wanita terutamanya yang melibatkan kesihatan wanita hamil supaya mereka memahami erti kandungan sihat, cara penjagaan dan mengenali permasalahan yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Pengetahuan ini amat penting untuk ibu-ibu atau bakal ibu dalam melalui tempoh kehamilan yang selamat dan sekaligus melahirkan bayi yang sihat.

Bidang Sakit Puan (Ginekologi) pula menjurus kepada kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehinggalah selepas menopos. Bidang ini merangkumi sistem fungsi organ reproduktif untuk membolehkan mereka mencapai potensi maksima dalam aspek kesihatan fizikal, mental, sosial dan seksual.

JENIS RAWATAN

Buat Temu Janji Untuk Rawatan Sakit Puan