OBESITI PUNCA MASALAH EMOSI
“Saya benci tengok diri sendiri dalam cermin! Buruk! Saya benci tengok reflection badan saya!”
Seringkali kita dengar orang yang mempunyai masalah obesiti atau kegemukan tubuh badan mengeluh dengan keadaan diri mereka. Mereka akan berasa marah melihat keadaan diri sendiri, mereka juga akan meyalahkan diri sendiri atas keadaan atau kepayahan yang mereka hadapi sekarang. Perasaan untuk berubah sentiasa ada dalam diri tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan untuk memulakan cara hidup yang baru mahupun konsisten dengan perubahan yang dilakukan.
Mari kita baca kisah seorang wanita yang telah melalui kepayahan sebelum berjaya menurunkan berat badannya serta menghilangkan beban yang ditanggung sejak bertahun-tahun yang lalu.
Hai semua. Salam sejahtera. Mungkin penulisan saya agak panjang, tetapi itulah cerita yang akan saya kongsikan kepada semua. Nama saya Suhana, berumur 29 tahun. Saya mempunyai masalah obesiti sejak kecil lagi. Jujur saya katakan, saya penat orang mencemuh saya, memerli dan menjauhi saya hanya semata-mata saya mempunyai saiz badan yang bukan sahaja besar, tetapi sangat besar. Mungkin bagi orang lain, perkara sebegitu hanya terjadi di kaca televisyen, di dalam filem. Tetapi bagi saya pula, itulah yang saya hadapi dari dulu lagi.
Semasa kecil, kawan-kawan ejek saya gemuk, kuat makan, buruk dan sebagainya. Apabila saya di sekolah rendah, kawan-kawan tak mahu rapat dengan saya. Waktu kelas Pendidikan Jasmani, memang kawan saya akan awal-awal lagi memilih orang lain untuk melakukan sebarang aktiviti. Katanya kalau nak berlari, saya lambat, pasti kami akan kalah. Ada masanya mereka kata takut saya terpijak mereka sewaktu melakukan aktiviti, maklumlah sebab saya gemuk.
Dan sewaktu saya masuk ke alam sekolah menengah pula, saya tidaklah diejek sesering di sekolah rendah. Tetapi ada saja individu yang tak sukakan saya disebabkan keadaan fizikal saya tanpa sebab lain yang munasabah. Biasanya, saya abaikan saja. Walaupun begitu, ada satu lagi perkara yang saya sering fikirkan waktu itu. Ramai kawan-kawan saya yang orang suka berkawan kerana mereka cantik, mereka ada rupa. Kalaupun tidaklah secantik artis yang kita lihat di TV, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah seburuk saya. Ramai yang berpasangan, bagi yang perempuan tidak kiralah pasangan mereka dari tingkatan yang sama mahupun senior kami. Ada masanya saya cemburu. Saya tahu, waktu itu adalah waktu untuk fokus belajar, tapi apa boleh buat. Saya juga seorang remaja biasa. Sama saja seperti orang lain. Yang berbeza hanyalah saya tidak mempunyai pengalaman yang sama seperti mereka. Waktu itu merupakan waktu yang paling menyakitkan bagi saya. Saya rasa marah dengan diri sendiri. Saya salahkan diri sendiri kerana tidak dapat mengawal emosi saya, saya marah kerana saya tidak dapat mengawal kehendak saya yang sentiasa ingin makan dan menyebabkan saya jadi begitu.
Semakin saya membesar dan menjejak ke alam dewasa, saya cukup tidak yakin untuk berhadapan dengan dunia luar. Ke mana pun saya pergi, seperti terasa-rasa orang di sekeliling mentertawakan saya, mengejek saya. Setiap kali hendak membuat presentation semasa kuliah, seboleh-bolehnya saya hendak cepat habis. Saya malu orang lain memerhatikan saya. Berkali-kali juga saya gagal dalam interview kerja kerana masalah saya yang cepat gementar, tiada keyakinan diri. Ada juga soalan seperti mampukah saya bekerja di situ apabila saya hendak berjalan pun perlahan, baru berjalan sikit sudah semput, kaki sakit walaupun duduk. Kalau di bilik mesyuarat, mampukah saya bertahan sehingga habis? Saya tak mampu untuk memberikan jawapan dan alasan yang baik apabila emosi saya sudah terganggu ketika itu juga. Pernah sekali itu, saya menangis di dalam bilik interview itu disebabkan saya merasakan soalan yang diajukan terlalu sarkastik dan kejam pada pendengaran saya. Akhirnya saya dapat juga kerja setelah banyak tempat yang saya apply.
Sampailah pada satu malam waktu saya tengah berfikir-fikir sendiri, saya bulat tekad hendak betul-betul berubah kali ini. Saya perlukan disiplin yang tinggi untuk betul-betul berjaya mengurangkan berat badan saya. Saya tahu kalau saya terus dalam keadaan obesiti, pastinya akan lebih mudah mendapat pelbagai jenis penyakit. Tetapi nampaknya keadaan saya yang tidak mampu untuk bersosial merupakan sebab terbesar saya ingin berubah. Jadi, saya mula buat senaman ringan, kurangkan pengambilan makanan terutama yang berminyak. Semakin lama, saya buat cara senaman yang lebih berat.
Apabila sudah hampir enam bulan masih tak banyak perubahan, saya cari puncanya. Adakah cara pemakanan saya masih lagi tak betul atau cara senaman saya yang sebenarnya kurang efisen? Saya teruskan hidup macam biasa, bersenam dan diet. Akhirnya saya ada jumpa satu video pendek yang menerangkan tentang suis metabolik di Youtube. Saya tengok, tapi masih lagi rasa inginkan penjelasan yang lebih detail. Bagus juga ada disertakan sekali dengan nombor telefon. Saya tak tunggu lama. Saya call mereka pada waktu itu juga. Katanya kalau saya betul-betul nak tahu, boleh datang ke tempat mereka di Poliklinik Penawar Semenyih. Saya tak pernah dengar lagi sebelum ini. Mereka kata ada slimming program di sana. Saya terus deal untuk appointment. Mereka kata Poliklinik Penawar Semenyih buka setiap hari dari Isnin sampai Ahad. Lagi mudah kerja saya, tak perlulah saya nak apply cuti pula.
Apabila saya ke sana, saya buat body scan analysis. Ya Allah, bila tengok memang semuanya jauh dari normal. Betullah nampaknya, suis metabolik saya bermasalah. Itu sebab walaupun saya dah all out jaga makan dan exercise, nampak sikit sangat perubahannya. Macam tersekat di situ. Waktu sesi konsultasi, saya tanya semua soalan yang sudah berhari-hari saya fikirkan jawapannya. Alhamdulillah cik konsultan sudi nak jawab soalan saya yang bertubi-tubi. Saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. Dan setelah sebulan saya ikut slimming program itu, ditambah dengan rutin harian yang saya kekalkan konsisten, nampak jauh sangat beza. Saya pun makin bersemangat nak kurus ni.
Dalam masa setahun, saya sudah hampir dengan saiz dan berat ideal. Dan akhirnya sekarang, saya sudah berjaya mencapai impian saya yang selama ini saya usahakan. Saya mengaku memang tak mudah, terutama hendak menjaga disiplin, tetapi berbekalkan semangat diri serta dorongan keluarga, saya berjaya. Dan pastinya Poliklinik Penawar Semenyih yang telah membantu dalam perjalanan saya hendak mengubah diri dan hidup saya. Terima kasih banyak-banyak. Tak mampu saya nak ucapkan macam mana saya bersyukur atas bantuan dan guide dari mereka bermula dengan video mereka.
Jadi sebagai pengakhir perkongsian ini, saya ingin anda semua terutama bagi yang ada masalah sama seperti saya, usaha itu penting. Kalau tak berjaya nak buat sendiri, seek for help. Ada masa kalau saya ada masalah, saya akan ke sana untuk mencari bantuan mereka. Bagi yang sedang berusaha, saya ucapkan semoga awak semua berjaya dan jangan putus asa. Kalau awak nak menangis, menangislah tetapi JANGAN GIVE UP. Cuba lagi sampai berjaya. Poliklinik Penawar Semenyih, you’re the best!
Tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan pada Cik Suhana yang telah berjaya mendapatkan berat idealnya. Untuk anda yang mempunyai masalah yang sama sepertinya, anda boleh hubungi kami dan kami akan bantu anda sehingga berjaya 🙂Untuk anda yang berminat boleh hubungi kami di link tersebut:
📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484