Zuriat sememangnya dinanti-nantikan oleh pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ada pasangan yang sudah menjadi rezeki mereka mudah mendapatkan cahaya mata. Tetapi ada juga pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga malah bertahun-tahun, tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata untuk menyerikan rumahtangga mereka. Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan tentang pasangan yang telah mendirikan rumahtangga lebih dari setahun tetapi masih belum mempunyai anak. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu pasangan di luar sana yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat..
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Pertama sekali saya hendak memperkenalkan diri. Nama saya Hanna. Saya sudah mendirikan rumahtangga hampir empat tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat. Dalam tahun yang pertama, kami suami isteri tidak ada isu tentang kehamilan saya. Tapi apabila sampai tahun kedua, saya mula terasa beban apabila kami masih lagi tidak dikurniakan cahaya mata. Suami masih tiada masalah, memikirkan kami mungkin tidak mempunyai rezeki lagi. Mungkin apabila sampai masanya, adalah rezeki kami. Tetapi lain pula halnya dengan keluarga, saudara-mara serta orang di sekeliling.
Ibu mertua sudah bertanya setiap kali kami ke rumahnya. Tetapi selepas suami saya katakan sesuatu padanya, ibu taklah menekan saya dengan soalan itu lagi. Jirannya pun begitu juga. Asal nampak saja kami ke sana, rajinlah dia menapak ke halaman rumah ibu dengan soalan sama. Selalunya, saya dan suami hanya senyum hambar sahaja dengan jawapan yang masih sama, belum ada rezeki lagi. Pantas saja dia katakan kami langsung tak berusaha hendak mendapatkan zuriat. Apabila kami katakan sudah pergi ke mana-mana sebagai ikhtiar, dia tidak percaya. Mudah saja dia menuduh saya terlalu mahu menjaga bentuk badan sehingga tidak mahu kehamilan mengganggu saya. Yang paling pedih lagi apabila ada ibu saudara yang katakan saya tidak pandai menjaga suami siap bergurau kalau suami saya cari yang lain atau tinggalkan saya, jangan salahkan dia. Tak tahulah kalau pada mereka, gurauan begitu cuma sekadar untuk berjenaka. Tapi pada saya, apa yang mereka katakan cukup memberikan kesan pada saya. Macam mana tergurisnya hati saya hanya Allah saja yang tahu.
Teringat saya pada hari raya tahun ketiga perkahwinan, suami saya ada bertanya kalau-kalau saya tak mahu balik beraya di kampungnya. Saya tanya mengapa pula? Takkanlah sebelum ini balik, tahun ini tak balik pula. Nanti apa pula kata keluarganya. Tapi dia kata, dia takut saya sedih lagi macam sebelum ini. Tiap kali ibu saudaranya katakan macam-macam pada saya, dia pun terasa juga. Saya cakap pada dia, tak apa. Saya dah biasa. Apa diorang nak cakap, cakaplah. Memang kami tak ada rezeki lagi.
Saya memang ada cuba makan macam-macam jenis ubat, cuba macam-macam tips kehamilan, tapi masih tak menjadi juga. Ada juga beberapa orang kawan saya yang mempunyai masalah sama, tetapi setelah makan ubat, tak lama setelah itu mereka hamil. Apabila saya cuba ubat yang sama, saya masih juga tiada perubahan. Tapi saya tak salahkan mereka. Mungkin apa yang saya makan itu tidak sesuai dengan saya.
Kalau nak mencari tips, produk kehamilan dan sebagainya, cari di internet itu memang sudah menjadi kemestian. Mana-mana media sosial saya cari juga. Dan antara yang saya jumpa adalah Poliklinik Penawar Semenyih. Saya cuba contact mereka selepas saya terbaca blog orang lain yang mention poliklinik itu atas sebab masalah sama. Untuk kali ini pun, saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana tak mahu kecewa lagi. Saya hanya niatkan itu sebagai satu lagi ikhtiar kami. Saya pergi ke sana dengan suami, buat test dan sebagainya. Saya rasa selesa sebab mereka memang ada doktor perempuan. Staf lain pun peramah, bila nampak saya datang lagi, mesra menegur saya.
Alhamdulillah empat bulan selepas itu saya disahkan hamil. Waktu itu, rasa macam tak percaya saja. Orang kata, rasa macam mimpi. Saya dan suami bersyukur sangat-sangat. Saya tahu, itu semua kuasa Allah. Tapi juga dengan usaha kami dan bantuan doktor. Dan sekarang saya sudah mempunyai dua orang zuriat. Semakin ceria rumahtangga kami. Tak ada lagi soalan-soalan yang perit saya nak jawab.
Sebagai mengakhiri perkongsian saya, saya nak ucapkan terima kasih pada Poliklinik Penawar Semenyih atas jasa mereka semua.
.
Begitulah perkongsian dari Puan Hanna yang kini sudah ceria dengan adanya cahaya mata setelah lama berusaha. Kami doakan kesihatannya serta keluarga. Bagi anda yang mempunyai masalah sama, anda boleh hubungi kami di Poliklinik Penawar Semenyih. In sha Allah kami akan bantu ada π
Jika anda berminat, hubungi kami di link:
π 013-3881484
π 013-3881484
π 013-3881484
.