Open Hours : 10.00 AM - 6.00 PM / 10 AM - 2.00 PM | Call Us : +60387240319
“KALAU KALI INI PUN TAK JADI JUGA, SAYA TAKKAN CUBA LAGI”

“KALAU KALI INI PUN TAK JADI JUGA, SAYA TAKKAN CUBA LAGI”

Saya Azlina berumur 41 tahun. Saya ada masalah jeragat sejak beberapa tahun lalu. Adalah juga cuba beberapa produk sebelum ni, tapi tak hilang juga. Makin lama, kesan pigmentasi tu semakin bertambah di muka saya. Lagilah nampak kusam. Sampai satu tahap, saya dah putus asa nak cuba hilangkan kesan pigmentasi ni. kalau nak keluar pergi kerja ke apa, saya touch up je pakai mekap tebal-tebal. Kalau tengah kurang rajin tu, saya redah aje pergi dengan muka tanpa mekap.

.Hujung tahun hari tu, permohonan saya untuk bertukar tempat kerja dah diluluskan. Awal tahun saya terus lapor diri di pejabat yang baru. Tak sangka sewaktu minggu kedua saya di situ, saya terserempak dengan ex-housemate saya ketika di universiti dulu. Masa belajar dulu memang rapat, tapi habis saja belajar, masing-masing makin jarang contact dan akhirmya terus lost contact. Bukan main cantik lagi dia sekarang..Kami pun berbual-buallah sambil makan tengah hari tu. Sejak makin naik umur ni, nampak macam makin muda pula dia. Sambil-sambil tu, saya terus tanya dia produk apa yang dia pakai. Dia boleh pula senyum-senyum. Dia tanya saya balik, kenapa nak tahu pula. Saya katalah sebab muka saya makin teruk sekarang ni. Dia buat muka pelik pula..Dia kata, teruk apanya nampak licin aje tu? Saya mampu sengih je masa tu. Saya jujur saja. Saya kata itu sebab mekap berinci-inci nak cover kesan pigmentasi ni. Dengan tona kulit yang memang tak pernah sekata. Lama dia diam. Tak tahulah apa yang dia fikir tu. Kemudian dia kata, dia ada buat rawatan..Bila dia sebut saja pasal rawatan, saya jadi lemah semangat pula sebab sebelum ini ada juga saya cuba, tapi kurang menjadi. Mungkin kurang serasi dengan saya sebab ramai orang lain buat memang menjadi. Itu dia tanya saya, kenapa tiba-tiba nampak tak excited pula ni? Saya pun ceritalah serba ringkas masalah saya dengan waktu rehat yang singkat tu..Dia kata kalau betul saya nak cuba, dia boleh cadangkan tempat dia buat rawatan tu. Kalau saya tak nak pergi sendiri, dia boleh tolong temankan memandangkan dia pun free saja waktu hujung minggu. Saya terus on saja. Dalam hati nak niat, kalau yang kali ini pun tak jadi juga, memang sampai bila-bila pun saya dah tak nak buat rawatan. Terima sajalah hakikat wajah bermasalah begini..

Pendek cerita, minggu itu dia terus hubungi tempat rawatan tu dan set tarikh appointment. Bersungguh betul dia nak tolong saya. Terharu tak usah cakaplah. Hujung minggu hadapannya tu, kami pun pergi ke pusat rawatan tu. Poliklinik Penawar Semenyih rupanya. rasa-rasanya sebelum ini pernahlah dengar juga. Cum tak terfikir nak cari tahu details dia..Jadi bila di sana, saya buat analisis muka dulu untuk tahu keadaan dan masalah di wajah saya. Semasa sesi konsultasi, konsultan Marissa memang terangkan segala benda pada saya. Memandangkan sesi konsultasi tu free, saya pun ambil kesempatanlah tanya semua yang saya nak tahu. Almaklumlah, saya ni kalau betul nak tahu tentang sesuatu tu, memang saya cari sampai ke lubang cacing bak kata orang. Buka setakat permukaan saja. Sampai saya rasa semua informasi yang saya nak tu saya dapat, baru saya proceed dengan rawatan yang bersesuaian..Selepas rawatan, saya boleh nampak perubahan yang amat ketara pada wajah saya berbanding dengan sebelum rawatan. Dan alhamdulillah wajah saya sekarang tak lagi nampak kusam dengan tona yang tidak sekata serta pigmentasi. Kalau nak keluar ke mana-mana pun saya rasa yakin dan bersemangat saja. Taklah jalan pun rasa nak pakai mask biar orang tak nampak muka saya. Terima kasih Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu mengembalikan keyakinan saya setelah bertahun-tahun berasa kurang yakin dengan penampilan diri..Begitulah perkongsian dari Puan Azlina yang telah membuat rawatan pigmentasi di Poliklinik Penawar Semenyih dan berjaya merubah dirinya untuk menjadi lebih berkeyakinan dengan wajah yang bersih tanpa kesan pigmentasi. Semoga puan dapat mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan dengan adanya keyakinan diri yang lebih tinggi. Jika anda juga memerlukan bantuan untuk masalah pigmentasi, hubungi saja kami di Poliklinik Penawar Semenyih. Kami sedia membantu anda 🙂

Hubungi kami di link di bawah:

📞 013-3881484
📞 013-3881484
📞 013-3881484

Leave a Reply

Close Menu