You are currently viewing NANTI !!! JANGAN POTONG DULU KAKI AYAH SAYA DOKTOR !!!

NANTI !!! JANGAN POTONG DULU KAKI AYAH SAYA DOKTOR !!!

Buah jambu di bawah tangga, 
Buah kelapa di hujung desa, 
Kasih ibu dibawa syurga, 
Kasih bapa sepanjang masa. 
.
Runut lagu Segala Perasaan – Siti Nurhaliza dari mengejutkan Zikram dari meeting bersama stafnya. Lalu diseluk poket kanannya untuk mengambil Iphone. 
.
Tertera dari skrin “Ibu” 
.
“ Assalamualaikum, Ibu”
“ Waalaikumsalam . Zik, ayah kamu dah seminggu kurang sihat. Kaki ayah yang luka hari tu masih belum sembuh lagilah. Baliklah anakku” 
“ Baik ibu. Zik minta cuti untuk balik kampung segera” 
.
******
Bila melihat luka kaki ayahnya yang masih bernanah banyak, hati Zikram dah mula risau. Takut-takut menyebabkan bakteria membiak lebih cepat. Dan takut berjangkit di kawasan lain. 
.
“Ayah, jom kita pergi hospital untuk check dulu” Zikram lalu memapah sang ayah ke dalam kereta. 
.
Setiba di hospital, suasana terlalu ramai orang menunggu di bilik rawatan. Nak tak nak terpaksalah menunggu untuk pemeriksaan doktor. Serba salah Zikram dibuatnya. Masa berlalu terlalu lama. Dah hampir 3 jam tapi nombor giliran ayah belum dipanggil. Zikram menoleh melihat ayahnya yang sedang lena tidur. 
Hatinya mula rasa sayu memandang ayahnya yang semakin tua, menahan kesakitan dan menjadi letih menunggu terlalu lama di hospital. 
.
“ Ya Allah, kasihanilah ayahku ni, sembuhkanlah dia dari penyakit ni. Berilah petunjuk untukku bantu dia kembali pulih”
.
Pemeriksaan dari hospital menunjukkan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Sangkaan Zikram dari awal ternyata benar kerana luka kaki selalu seiring dengan masalah kencing yang manis. Ayah hanya terdiam mendengar penjelasan doktor. Penyakit yang paling ditakuti kini sedang dialaminya. Zikram mula rasa simpati. 
.
******
Malam itu, Zikram ke surau menunaikan solat magribh. 
Imam menegurnya,
.
“ Eh, Zik dah lama ustaz tak nampak kamu. Sihat ke? Ayah kamu mana ? “
Zikram lalu bersalaman dengan imam. 
“ Alhamdulillah saya sihat ustaz. Ayah sakit di rumah” 
“ Sakit apa?” tanya imam
“ Luka bernanah, ustaz” 
“ Cepat bawa ayah kamu cuba rawatan bioptron ke Poliklinik Penawar Semenyih. Luka saya dah elok sejak pergi ke sana” kata Imam sambil menepuk bahu Zikram 
“ Ye ke ustaz. Kalau macam itu , saya akan bawa ayah segera”

******
“ Nasib baik , En Zikram datang awal. Nanah ini kalau tak dirawat boleh menyebabkan pembusukan. Bila pembiakan bakteria telah masuk ke dalam darah boleh menjejaskan sistem metabolism pesakit dan akhirnya akan dipotong” terang Doc pada Zikram. 
.
Di Klinik Doc, kami menggunakan cahaya laser dan lampu bioptron bagi penyembuhan luka. Teknologi ini bertindak pada salur darah secara halus. Ia mengaktifkan salur darah dan bina semula salur darah baru. Dalam bahasa sains namanya angiogenesis tidak berlaku. Bagi orang kencing manis, tubuh mereka sukar untuk sembuh sebab angiogenesis tidak berlaku. Boleh dikatakan ianya sejenis fisioterapi juga. 
.
Zikram melihat petugas doktor begitu cekap membersihkan luka kaki ayah. Layanan terhadap ayahnya begitu mesra dan cermat. Selepas luka dibersihkan, lampu bioptron diletakkan di bahagian luka tersebut. Tak sampai 40 minit, semua pemeriksaan dan rawatan telah selesai dijalankan. Lega hati Zikram melihat ayahnya yang ceria sepanjang rawatan tersebut. 
.
Setelah 3 kali berturut- turut mendapatkan rawatan di Poliklinik Penawar, akhirnya kaki ayah Zikram sudah pulih. 
.
“Syukurlah luka ayah saya dah sembuh setelah cuba rawatan Bioptron ni. Ayah begitu gembira sekali dengan layanan dan komitmen dari petugas klinik Doc. Tak perlu tunggu lama dan servis sangat memuaskan. Bila tengok ayah tersenyum , hati saya puas “ kata Zikram kepada Doc 



Testimoni pesakit yang telah menggunakan CAHAYA BIOPTRON

.
Antara kelebihan Terapi Cahaya BIOPTRON:
1. Rawatan ini tidak menyakitkan dan mudah untuk digunakan.
2. Membantu untuk menggalakkan penyembuhan kulit
3. Mengurangkan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan gangguan kulit.

Testimoni pesakit yang cendera selepas bermain bola yang sedang menjalani rawatan CAHAYA BIOPTRON

Leave a Reply